ISLAMIK

Adakah orang yang mendermakan organnya akan dibangkitkan pada Hari Akhirat tanpa organ-organ yang telah didermakan?

Setiap orang Islam yang beriman percaya bahawa Kiamat pasti berlaku. Apabila Kiamat berlaku, segala yang ada di muka bumi akan hancur musnah.

Tidak ada apa yang akan tinggal selamat termasuklah tubuh badan manusia. Hanya Allah SWT sahaja yang kekal abadi. Apabila manusia dibangkitkan pada Hari Akhirat di Padang Mahsyar,

Manusia akan dibangkitkan mengikut amalannya di dunia ini. Jika dia mempunyai banyak amalan baik, maka dia akan dibangkitkan dalam bentuk yang lebih baik dan mulia. Jika amalan buruknya banyak, maka dia akan dibangkitkan dalam bentuk yang lebih buruk dan hina.

Maka seharusnya sebagai orang Islam yang beriman, tidak timbul isu sama ada kita akan dibangkitkan dengan organ yang didermakan atau tidak, kerana kita percaya bahawa segala-galanya akan musnah ditiup sangkakala sebelum kita dibangkitkan semula oleh Allah SWT untuk dihimpunkan dan dihisab di Padang Mahsyar.

Hakikat kekuasaan Allah SWT membangkitkan semula manusia selepas semuanya hancur disebut

dalam firman Allah SWT berikut:

Terjemahan:

“Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya, dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakan-Nya).” [Surah Yasin (36): 79]

Sumber :www.moh.gov.my

Leave a Comment