PETUA DAN HERBA

Khasiat Buah Nangka Yang Kurang Diketahui Ramai

Ramai dikalangan kita mengelak untuk memakan buah nangka disebabkan ia dikatakan penyebab kepada badan berangin.

Buah nangka sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat yang ramai tidak ketahui. Buah nangka sememangnya sedap untuk dimakan, tambah-tambah lagi yang sudah masak, sedap sangat!.

Bagi buah nangka yang belum masak juga boleh dijadikan bahan masakan yang enak juga, antaranya adalah gulai nangka, kerabu nangka, gulai lemak nangka dan sebagainya.

Disini kami kongsikan beberapa khasiat buah nangka yang perlu anda ketahui:

1. Sebagai Antioksidan

Buah nangka juga mempunyai kandungan vitamin C yang tidak kurang tingginya berbanding buah oren serta epal. Oleh itu tidak hairanlah apabila buah ini amat berguna sebagai antioksidan.

Selain itu, ianya juga mempunyai kandungan gula iaitu fruktosa serta sukrosa yang amat sangatlah diperlukan untuk menambahkan tenaga dalam tubuh kita.

2. Dapat Melindungi Kesihatan Mata

Buah nangka juga mempunyai kandungan vitamin A serta C padanya. Ianya adalah antioksidan yang sangat baik untuk metingkatkan daya ketahan tubuh badan serta dapat menjaga kesihatan mata.

3. Dapat Menjaga Tekanan Darah

Buah yang dengan kulit berduri ini juga mempunyai kalium yang sangat tinggi iaitu elektolit yang dimana amat berguna untuk menjaga tekanan darah anda supaya terus normal dan mencegah sebarang jangkitan.

4. Dapat Mencegah Risiko Serangan Jantung serta Stroke

Buah yang sememangnya memiliki ukuran super besar ini dapat memeberikan manfaat untuk mencegah risiko terkena serangan penyakit jantung serta stroke. Buah nangka juga mempunyai banyak vitamin B seperti niacin, riboavin, thiamin serta folat yang dimana ianya amat diperlukan oleh tubuh kita.

5. Dapat Membantu Pembentukan Tulang

Untuk pengetahuan anda juga di dalam biji buah nangka mempunyai kandungan yang disebut beton ini dapat memberikan kandungan gizi seperti protein, karbohidrat serta tenaga yang tidak kurang hebat seperti buahnya.

Mineral yang sangat penting seperti zat besi, fosfor, serta kalsium yang ianya dimana dapat menjadi peranan paling utama dalam pembentukan tulang.

Leave a Comment