PETUA DAN HERBA

Khasiat Terung Ungu Bakar

Terung merupakan sayuran berwarna ungu yang punya kandungan nutrisi luar biasa. Di dalam terung mengandung kalsium, mineral, kaya serat, bioflavonoid serta vitamin K.

Kita mungkin sudah sering mengambil sayuran ini tanpa mengetahui begitu besarnya khasiat sayuran terung tersebut. Mulailah mencintai sayuran tersebut, kerana kami akan mengulas banyak manfaat sayuran yang berwarna ungu ini.

Jadi, apakah manfaat terung bagi kesihatan tubuh? Terung menjadi salah satu makanan yang sudah tidak asing di semua lapisan masyarakat

Harganya yang berpatutan menjadikan terung salah satu makanan yang digemari. Namun kurang mengambil tahu kandungan dan khasiat terung menjadikan sayuran ini mulai tersisih dari makanan harian kita.

Malahan menu untuk terung ungu agak kurang di revolusi kan oleh tukang masak mungkin kerana kurangnya permintaan.

Jadi kami berharap dengan perkongsian khasiatnya yang bakal anda baca ini akan membuatkan anda lebih gemar untuk makan terung selepas ini.

Inilah 7 Manfaat Terung Ungu Yang Patut Disebarkan1.Makanan Otak.

1.Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat di perlukan oleh organ otak.

Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, maka terung akan menjadi salah satu solusinya.

2.Pencernaan Yang Lebih Baik.

Kandungan serat yang tinggi dalam terung dapat membantu menyehatkan saluran pencernaan serta menghindarkan kanser yang boleh menyerang usus besar anda.

3.Pencegah Diabetes.

Ini disebabkan, terung merupakan sumber serat dan rendah karbohidrat larut yang sangat baik untuk mencegah penyakit diabetes.

4.Makanan Untuk Jantung.

Ini dsebabkan, Terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung tersebut.

5.Pengawal Tekanan Darah Tinggi.

Kandungan bioflavonoid berperan besar dalam membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh mengancam kualiti kesihatan tubuh anda.

6.Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat.

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

7.Pencegah Anemia.

Kandungan zat besi dalam terung ungu akan membantu mencegah anemia atau kurang darah yang mungkin diderita oleh sebahagian orang.

 

Sumber: Petua Ibu

Leave a Comment