PETUA DAN HERBA

Khasiat Ketumpang Air

Ketupang air atau sirih cina merupakan salah satu tanaman herba yang kaya dengan pelbagai khasiat. Tanaman ini mudah tumbuh dan membiak, ia boleh dimakan dengan cara mengambilnya sebagai ulam, buat kerabu atau masak sayur rebus.

Daun mengandungi kuantiti besar asid amino penting , lysine, leucine dan isoleucine, jumlah valine yang sederhana , threonine dan phenylalanine dan juga banyak lain-lain asid amino penting dan tidak penting.

Apiol, 2,4,5-trimethoxy styrene dan 3 phytosterols, campesterol, stigmasterol dan β-sitosterol juga telah didapati dari tumbuhan ini (Ghani, 2003).

Antara lain khasiat tanaman herba ini ialah:
1- Merawat Gout
2- Penawar sakit sendi dan perut
3- Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
4- Mengubati dan meredakan cirit-birit
5- Meredakan batuk
6- Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
7- Merawat Buasir
8- Melegakan selsema
9- Merawat jangkitan pada pundi kencing
10- Merawat Kayap
11- Alternatif kepada ubatan darah tinggi
12- Merawat kencing manis

Disini dikongsi cara meredahkan dan melegahkan sakit kepala ketika demam. Sediakan 15 helai daun ketupang air yang telah dicuci bersih. Kemudian ditumbuk sehingga lumat dan tempelkan didahi.

Leave a Comment