PETUA DAN HERBA

Ternyata Air Cucian Beras Banyak Manfaatnya

Ramai di antara kita, tidak mengetahui bahawa air basuhan beras mempunyai manfaat terutamanya sekali dalam penjagaan kulit kita.
Berikut beberapa petua penggunaan air basuhan beras.

1. toner kulit
air cucian beras dapat digunakan sebagaikan toner kulit. Caranya rendam kapas pada air cucian beras, lalu dilapkan pada kulit. Air basuhan tadi dipercayai mampu membersihkan kotoran dan jika kerap dilakukan kulit wajah akan menjadi lebih lembut dan juga segar.

2. masker muka
Cara penggunaannya, ambil topeng muka yang sudah tidak digunakan atau kain, rendamkan ia dalam air cucian beras selama 10 minit. Kemudian, letakkan pada wajah dan biarkan selama 15 minit. Kulit akan terasa segar berbanding biasa selepas memakainya.

3. pencuci muka
air cucian beras dapat disimpan didalam botol dan digunakan sebagaikan pencuci wajah harian. Ia akan menjadikan kulit wajah menjadi lebih cerah.

4. mengecilkan poriĀ¬pori
air cucian beras merupakan cara selamat dan alami untuk mengecilkan pori-poriĀ  wajah. Caranya celupkan kapas ke air sisa cucian beras lalu dilapkan ke wajah sambil diurut perlahan.

5. menyembuhkan jerawat
wajah kamu berjerawat? tenang, air cucian beras mampu menghilangkan jerawat secara semulajadi tanpa campuran bahan kimia, mudah dan senang.

6. masker rambut
khasiat terakhir, mampu dipakai bagaikan masker rambut. tuangkan air cucian beras pada kulit kepala dan diamkan sepanjang kurang lebih 20 menit. kemudian dibasuh memakai shampoo gampang plus conditioner.

Leave a Comment