ISLAMIK

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) Yang Lengkap

Berikut adalah beberapa perkara tentang Solat Sunat Gerhana Bulan yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

1. HUKUM SOLAT GERHANA

Hukum menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) ini adalah sunat muakkad.

Ianya boleh ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau atau boleh juga dilakukan secara bersendirian.

2. DALIL TENTANG SOLAT SUNAT GERHANA

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah.

Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya.

Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

3. WAKTU SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat Gerhana Bulan boleh dilakukan antara waktu bermulanya gerhana sehinggalah selesai fenomena tersebut.

Biasanya ahli falak akan menganggarkan waktu tersebut dengan tepat. Jadi, bolehlah kita bersedia untuk mendirikan solat sunat ini sama ada di rumah atau secara berjemaah.

4. LAFAZ NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

5. CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain.

Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

Takbiratul Ihram

Membaca doa Iftitah

Membaca surah al-Fatihah

Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)

Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)

lktidal serta membaca surah al-Fatihah.

Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)

Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)

Iktidal

Sujud dan membaca tasbih

Duduk antara dua sujud

Sujud kembali

Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

Membaca surah al-Fatihah

Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)

Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)

lktidal serta membaca surah al-Fatihah.

Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)

Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)

Iktidal

Sujud dan membaca tasbih

Duduk antara dua sujud

Sujud kembali

Membaca tasyahud akhir

Memberi salam

*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

NOTA TAMBAHAN

i) Jika solat berjemaah – Apabila makmum tertinggal ruku’ yang pertama sama ada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, dia dikira tidak mendapat rakaat itu.

Maka, dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

ii) Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Solat Sunat Gerhana Bulan juga boleh dilakukan seperti biasa (hanya sekali ruku’ dalam setiap rakaat) seperti solat biasa tanpa memanjangkannya.

Walaupun sah, namun cara ini tidak digalakkan kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.

Sumber : muftiwp.gov.my

Leave a Comment