PETUA DAN HERBA

Hilangkan Ulser Dengan 2 Cara Mudah!

ULSER mulut atau dikenali dengan nama ‘mata ikan’ boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Dari segi pemulihan, biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu.

Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.

Pun begitu, ia akan mengganggu dan memberi kesakitan ketika anda makan atau bercakap.

Disini kami kongsikan dua petua bagi menghilangkan mata ikan.

1) Baking Soda

Caranya cukup mudah, hanya sapukan baking soda pada bahagian yang terkena ulser.

Anda boleh campurkannya dengan sedikit air untuk dijadikan pes.

Selepas sapu, biarkan ia seketika selama beberapa minit. Akhir sekali, anda kumur dengan air bersih.

Baking soda atau soda bikarbonat bersifat alkali, ia membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut.

Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.

InsyaALLAH ulser anda akan hilang selepas membuat rawatan ini berkali-kali.

2) Garam

Langkah ini cukup mudah, anda hanya perlu berkumur dengan air garam selama 30 saat.

Ulangi langkah sama sebanyak dua hingga tiga kali sehari. Kesannya anda akan rasai sendiri.

Seperti kita tahu, konsentrasi sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis,

Ia berupaya membantu mempercepatkan luka ulser untuk sembuh.

Sumber : sinarharian.com

Leave a Comment