ISLAMIK

Bolehkan Niat Puasa Qada Di Gabung Dengan Puasa Sunat 6 Bulan Syahwal ?

Tak boleh niat di gabungkan yang sunat dan yang wajib (puasa qada). Tidak sah puasa jika digabungkan 2 dalam 1. Jika digabungkan kedua-duanya tak sah yang sunat tak sah dan yang wajib (qada) tak sah.

Sama sepeti solat solat fardu tak boleh diniatkan dengan solat sunat. Buat satu-satu, satu solat satu niat atau satu puasa sunat satu niat .
Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad ‘Aaish al-‘Ataibi :

“Pandang yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menkombinasikan Niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri (independent).

Contohnya : Tidak boleh menkombinasikan Qadha’ Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari – satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) – Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!

Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda “Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya .digandakan 10”

Pendapat yang kata boleh gambung dua niat (wajib dan sunat) lemah dan tidak diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Jika puasa sunat dan wajib boleh gambung niatnya kenapa solat tak boleh gambung?. Kenapa wang zakat tak boleh gambung dengan sedekah ketika kita berikan kepada amil zakat?

Ibadah ini buat satu per satu jika buat ibadah yang wajib maka niat yang wajib sahaja dan jika buat yang sunat maka niat yang sunat. sahaja.
Beberapa perkara yang boleh dinyatakan di dalam persoalan puasa qada’ Ramadan yang disertakan (combined) dengan puasa sunnat 6 hari di bulan Syawwal antaranya:

1) Ia adalah antara perkara khilaf di kalangan para ulama’.

2) Terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat hanya mendapat pahala qada’ sahaja dan tidak mendapat pahala sunnat 6, jika hanya berniat qada’ dan tidak berniat puasa sunnat. Walau bagaimana pun, jika dia berniat qada’ serta sunnat sekali gus, maka tidak sah dan tidak mendapat pahala untuk kedua-dua puasa tersebut. Ini adalah pendapat Imam Nawawi dan Imam Asnawi [Rujuk Fath al-Mu’in, Al-Alim al-Allaamah Syaikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari.]

Ada juga ulama yang mengatakan dia hanya mendapat pahala qada’, tidak mendapat pahala sunnat, melainkan jika ada niat puasa sunnat itu. Ini adalah pendapat Imam Ibnu Hajar al-Haitami [Rujuk I’anah al-Tholibin hasyiah bagi Fath al-Mu’in, Syaikh Abu Bakar Syatha al-Bakri al-Dimyathi, murid Syaikhul Islam, Syaikh Sayyid Ahmad Zaini Dahlan.]

3. Setelah merujuk kepada panduan pendapat para ulama dan masyaikh di dalam kitab dan perbincangan mereka-, jika bulan Syawwal masih panjang, adalah lebih baik menunaikan puasa qada’ dahulu dan selepas itu menunaikan puasa 6.

Ini adalah kerana mengikut kaedah: مَا أَكْثَرَ فِعْلاً أَكْثَرَ فَضْلاً (Apa-apa yang banyak dibuat, maka banyak pula fadhilatnya). Ia juga sebagai suatu ihthiyath (berhati-hati) memandangkan ada pendapat yang tidak membolehkan menyertakan sekali kedua-dua puasa ini. Wallahu a’lam.

4) Berusahalah bersama-sama agar kita tidak terlepas untuk menunaikan puasa 6 hari Syawal ini sebagai taqarrub (untuk menghampirkan diri kepada Allah) di samping ganjaran yang besar seperti yang disebut di dalam riwayat hadis. Wallahu a’lam.

 

Sumber: tanyalahustaz58.blogspot.com

Leave a Comment