ISLAMIK

Doa Menyembuhkan Penyakit Resdung dan Doa-Doa Untuk Kesembuhan Penyakit

Amalkan ayat-ayat berikut dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah SWT untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah An-Nahl ayat 66 hingga 74
2. Surah Al-Anfaal ayat 36 hingga 50

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah An-Nahl tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Anfaal tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan.

Dalam pengalaman pengamal perubatan Islam mengubati penyakit-penyakit fizikal, selalunya ayat-ayat dari Surah Al-Anfaal ini mempunyai hikmah dan keupayaan penyembuhan seolah-olah seperti antibiotic.

Ayat-ayat dari Surah An-Nahl pula berfungsi untuk menguatkan daya pertahanan diri tubuh badan (immune system). Insya Allah dengan gabungan amalan dua surah ini boleh membantu mengatasi masalah risdung.

Percayalah bunyi bacaan Al-Quran memiliki aura-aura dan gelombang suara yang berfrequensi tertentu dan “wavelength” tertentu. Gelombang ini mempengarohi sel-sel dalam tubuh badan kita secara positif dan mengembalikan keseimbangan seluruh tubuh kita.

Gelombang dan aura-aura kalimah suci inilah memberi kesan positif kepada sel-sel antibodi dan juga menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.

Dalam erti kata lain, rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran ini bertindak umpama rawatan moden, namum prosesnya tidak mampu dilihat dangan mata kasar atau dijelaskan dengan logic akal fikiran manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman….” (Surah Yunus ayat 57)

PENUTUP

Dugaan kepada setiap penyakit yang dihadapi sebenarnya adalah ujian daripada Allah SWT kepada kita. Ianya sebagai peringatan kepada kepada kita yang sering alpa dan leka akan hakikat sebenar kehidupan ini. Justeru, hendaklah kita berikhtiar dan berusaha serta tawakal dengan sepenuh hati.

Mohonlah keampunan dan berdoalah dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT agar diberi kesembuhan di atas setiap penyakit yang dihidapi. Sesungguhnya doa itulah senjata kita yang paling ampuh dalam menghapuskan dan menyembuhkan penyakit-penyakit.

Doa Untuk Kesembuhan Penyakit :

Pertama :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi SAW ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca ” ‘Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya”( Hadis Riwayat Muslim)

Kedua :

كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)

Ertinya : Nabi SAW ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu :

“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Ketiga :

أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi SAW dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi ” Ya”.

Jibrail membalas ” Bacalah “Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan”

Keempat :

Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa :

أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata :

” Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : ” Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Hadis Riwayat Muslim)

Kelima :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض

Ertinya : Nabi telah berkata ” Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali :

” Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi Arasy yang agung agar menyembuhkanmu”. Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( Hadis Sahih Riwayat At-Tirmidzi )

Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)

Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit resdong, malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.

Sumber: tanyalahustaz58.blogspot.com

Leave a Comment